Taj Mahal terletak di tebing sungai jumma, berhampiran agra, india merupakan makam yang dibina oleh maharaja Shah jahan sebagai monumen peringatan untuk mumtaz untuk isterinya yang kelima. Mula dibina pada tahun 1632 dan siap pada tahun 1648. kadang-kadang Taj Mahal dipanggil dengan Taj sahaja . ia adalah contoh terbaik senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, dan gaya senibina islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNIESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak warisan dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata senibina islam'
balqiszulkifli
welcome to my blog
Friday, 14 December 2012
Friday, 7 December 2012
Manis tapi sihat
kajian menunjukkan tidak salah mengambil makanan manis dengan syarat makanan dan minuman itu manis secara semulajadi. Bukan manis yang ditambah dengan gula
Makanan yang berasaskan gula merupakan jenis karbohidrat sederhana yang ertinya sangat mudah dipecah dan dicerna menjadi gula di dalam darah. Kesannya apabila gula banyak diambil, maka paras gula akan melonjak naik dalam tubuh dan membuatkan individu itu mudah merasa mengantuk sukar untuk bernafas dan lebih lemak.
Berbeza dengan manis secara alami, karbohidrat kompleksnya akan lambat dicerna menjadi gula di dalam darah akan tetap stabil. selain itu karbohidrat kompleks juga sangat membantu proses matabolisme tenaga tubuh agar tubuh badan kita tetap sihat walaupun mengambil makanan dan minuman manis, berikut disediakanm beberapa saranan agar kenikmatannya tidak hilang
berhijab
melatah !:)
Masyarakat kita terutama kaum Melayu sememangnya cukup sinonim dengan melatah terutama golongan berumur. Menghibur dan mencuit hati. Mungkin itulah gambaran paling tepat bagi menggambarkan gelagat mereka yang melatah ini. Jika diperhatikan, apabila seseorang melatah, dia seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang dilakukan. Anehnya, tiada siapa yang akan menjauhkan diri daripada mereka yang melatah malah latah mereka berpanjangan jika terus diusik.
Selain yang sudah berusia dan dianggap nyanyuk, latah juga sering dikaitkan dengan wanita berusia. Hinggakan, sesuatu majlis keraian bagaikan kurang seri tanpa mereka yang melatah ini.
Pakar Psikologi, Dr William S Buroughs, menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.
Bagaimanapun, bukan wanita saja yang dikaitkan dengan melatah, lelaki juga apa kurangnya. Ada juga lelaki yang melatah dan kadang kala latah mereka lebih teruk daripada wanita.
Tuesday, 27 November 2012
pray for gaza
assalamualaikum
hari ini hangat diperkatakan tentang gaza yang diserang oleh rezim zionis laknatullah. Sungguh menyentuh hati saya. Marilah kita mendoakan yang terbaik untuk saudara kita disana. Doa adalah senjata mukmim. sesungguhnya Allah mendengar setiap doa-doa kita.
Tuesday, 20 November 2012
ayuh sahut seruan kitar semula !
Kita sahut seruan kerajaan dengan mengamalkan budaya kitar semula supaya persekitaran kita menjadi lebih sihat dan bersih. Dengan mengitar semula barang yang dianggap sebagai sampah, sebenarnya ia memberi banyak manfaat kepada kehidupan di bumi antaranya ialah :
1) mengurangkan pencemaran
2) menjimatkan kos
3)menjimatkan tenaga
4) menjimatkan sumber
5) menyelamatkan hutan
6) amalkan kitar semula dari rumah
Monday, 12 November 2012
oh pisang !
assalamualaikum..
hari ni sy nak kongsi dgn kwn-kwn khasiat buah pisang.
Buah pisang adalah antara buah-buahan yang kaya dengan mineral serta kandungan vitamin yang tinggi. Selain daripada itu pisang juga amat berguna dalam membantu melegakan stress. Bila kita stress, kadar metabolisme tubuh kita akan meningkat sehingga mengurangkan potassium dalam tubuh badan kita. Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi pada otot. Pisang mengandung potassium iaitu mineral yang boleh meneutralkan degupan jantung seterusnya mengalirkan oxygen ke otak seterusnya mengimbangkan kadar cecair dalam badan.
hari ni sy nak kongsi dgn kwn-kwn khasiat buah pisang.
Buah pisang adalah antara buah-buahan yang kaya dengan mineral serta kandungan vitamin yang tinggi. Selain daripada itu pisang juga amat berguna dalam membantu melegakan stress. Bila kita stress, kadar metabolisme tubuh kita akan meningkat sehingga mengurangkan potassium dalam tubuh badan kita. Potassium diperlukan untuk mengekalkan imbangan cecair badan, menghantar isyarat saraf, pelepasan insulin, dan kontraksi pada otot. Pisang mengandung potassium iaitu mineral yang boleh meneutralkan degupan jantung seterusnya mengalirkan oxygen ke otak seterusnya mengimbangkan kadar cecair dalam badan.
Subscribe to:
Posts (Atom)