Friday, 28 September 2012

kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang zaman


  kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang zaman

pemasaran



Memandangkan saya daripada lepasan diploma pemasaran, saya ingin berkongsi maklumat dan juga pengalaman saya semasa menceburi bidang pemasaran. Bidang pemasaran adalah satu bidang yang mudah untuk dipelajari memandangkan ia melibatkan banyak perkara umum yang berlegar di sekitar kehidupan kita ini termasuk proses interaksi dengan orang ramai yang menjadi akar umbi kepada bidang ini. Semasa saya berada dalam jurusan ini ketika diploma banyak yang saya pelajari antaranya bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang luar, komunikasi itu penting kerana dengan komunikasi yang baik mampu menarik pelanggan untuk membeli produk kita. Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen pemasaran yang penting yang boleh dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan maklumbalas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen-elemen di dalam campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Ia mengandungi 4 elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan promosi atau lebih dikenali '4P' (Product,Price,Place,Promotion)
Selain itu juga, antara  subjek yang lain yang saya pelajari semasa diploma pemasaran seperti pengiklanan, jualan, promosi, strategi pemasaran dan sebagainya. Oleh itu bidang pemasaran ini pernah menjadi sebahagian dalam kehidupan saya. Saya beharap apa yang saya pelajari semasa diploma di politeknik saya akan cuba 'practice' kan apabila saya bekerja kelak. InsyaAllah.

"kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha"