kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang zaman
kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang zaman
kewujudan saya hari ini sesungguhnya satu nikmat yang amat besar dari Allah SWT , Bertuahnya saya dikurniakan mereka yang mana sejak lahir hinggalah ke saat ini, merekalah insan yang benar-benar sayang saya tanpa memperoleh sebarang balasan pun. Tanpa mereka siapalah saya. Ibu dan ayah merupakan pembawa semangat bagi saya untuk meneruskan kehidupan yang penuh dugaan ini . Pengorbanan seorang ibu,pengorbanan seorang ayah dan
lain-lain jenis pengorbanan yang dilakukan untuk membahagiakan
anak-anak. Pengorbanan ibu bapa kita merupakan pengorbanan paling tinggi yang
kita tidak wajar dilupakan. Susah-payah mereka membesarkan kita sehingga menjadi
insan yang berguna kepada agama,bangsa,masyarakat dan negara. Usahlah,janganlah kita melupakan akan pengorbanan yang
dilakukan oleh ibu kita. Dia telah mengandungkan kita,bukannya sekejap tetapi
sembilan bulan sepuluh hari kita di dalam kandungan,dibawa bersama-sama payah. Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh
ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita. Dia melahirkan
kita,menyusukan kita,amat tinggi pengorbanannya. Semasa kita kecil,ketika waktu
tidur ibu kita menjaga kita, kalau boleh seekor nyamuk pun tak dibenar gigit
kita. Dijaga dan dibelai,pengorbanan ibu membawa kita ke syurga kerana ada
pepatah melayu mengatakan “pintu syurga di bawah telapak kaki ibu”. Seorang lelaki yang bergelar “bapa”mempunyai pengorbanan
yang tinggi disebalik pengorbanan seorang ibu. Bapa kita telah membesarkan
kita,dia telah bersusah payah untuk membesarkan kita walaupun dihimpit pelbagai
masalah dan cabaran kehidupan. Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh
ibu dan bapa kita untuk membesarkan kita. Sebagai anak-anak kita wajib membalas
akan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita sehingga kita mampu
berjaya dalam kehidupan, walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan sebarang
balasan dari anak-anak mereka. Percayalah ALLAH pasti membalasnya kerana redha
ALLAH terletak pada redha ibu-bapa kita.
saya nak berkongsi dengan anda video menyentuh perasaan saya apabila melihatnya...
No comments:
Post a Comment