Memandangkan saya daripada lepasan diploma pemasaran, saya ingin berkongsi maklumat dan juga pengalaman saya semasa menceburi bidang pemasaran. Bidang
pemasaran adalah satu bidang yang mudah untuk dipelajari memandangkan ia
melibatkan banyak perkara umum yang berlegar di sekitar kehidupan kita ini
termasuk proses interaksi dengan orang ramai yang menjadi akar umbi kepada
bidang ini. Semasa saya berada dalam jurusan ini ketika diploma banyak yang saya pelajari antaranya bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang luar, komunikasi itu penting kerana dengan komunikasi yang baik mampu menarik pelanggan untuk membeli produk kita. Campuran pemasaran adalah satu set elemen-elemen pemasaran yang penting yang boleh dikawal dan berstrategi di mana setiap firma menggabungkannya untuk menghasilkan maklumbalas yang dikehendaki di dalam pasaran sasaran. Dengan menggunakan elemen-elemen di dalam campuran pemasaran, firma boleh melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran untuk mempengaruhi permintaan terhadap produknya. Ia mengandungi 4 elemen iaitu produk, harga, saluran agihan dan promosi atau lebih dikenali '4P' (Product,Price,Place,Promotion)
Selain itu juga, antara subjek yang lain yang saya pelajari semasa diploma pemasaran seperti pengiklanan, jualan, promosi, strategi pemasaran dan sebagainya. Oleh itu bidang pemasaran ini pernah menjadi sebahagian dalam kehidupan saya. Saya beharap apa yang saya pelajari semasa diploma di politeknik saya akan cuba 'practice' kan apabila saya bekerja kelak. InsyaAllah.
![]() |
"kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha" |
No comments:
Post a Comment